13 October 2011

Having Nasi Ayam Penyet AP At KLCC

Date : Lupa dah.
Location : KLCC
Current Status : Hungry!

Aku tau la dah berzaman-zaman aku tak jenguk blog sendiri ni. Stalker pun sah asyik skodeng-skodeng blog aku, pastu mula cakap dalam hati, “bila la budak ni nak update blog dia. Hish!.”... Ok ok, fine. Sila jangan kelam kabut. Sabar...sabar...aku nak update la ni. Dapat feel nak update blog ni pun apabila perut sedang perlukan makanan atau erti kata lain, lapar. (<- saja explain panjang-panjang bagi memenuhi ruang penulisan di alam maya.huhu)

Peace yaww! Di mana-mana mesti nak snap pic. Everywhere we go. Yeehaaa!
Eh! Besarnya mata aku di situ.

Cuti yang lalu dihabiskan masa seharian bersama twinny, Yuyu Zulaikha and the photographer, Fad Ali. (ops! sorry Fad, gambar kau tiada masa kita lunch kan.hehe). Puas decide nak makan ape. Pusing-pusing punya pusing lastly, Nasi Ayam Penyet AP jugak yang jadi pilihan diriku yang pencinta pedas ni. Memang anak tekak Melayu betul. Kalau tak dapat makan yang pedas-pedas memang tak sah. Wargh! Laparnya perutku ni. Bila nak makan ni? Ok, bergambar dulu.

Konon-konon candid. Bukan konon-konon, tapi ia betul-betul candid.

Ha...Nampak tak? Nampak pe? Nampak tak aku lebih tinggi dari Yuyu Zulaikha? Walaupun duduk, aku masih tinggi. Ok, jawapannya, aku bangga di situ sebab 1st time dapat jadi tinggi. Huh?! Tak percaya? Ok, fine. Next time aku publish lak gambar ketinggian aku. Hoho. (ketawa macam king kong di situ kan.) Erk...Laparnya perutku ini. Bila nak makan ni? Ok, bergambar lagi.

Nasi Ayam Penyet Ap at KLCC. Mau test? Pedas berapi. MARVELLOUS!

Tadaa! Ni la rupa si Nasi Ayam Penyet AP. Memang pedas berapi la kan. One set siap dengan nasi putih yang sikit, ayam penyet yang besar gedabak, ulam-ulaman kacang panjang, tomato, kobis, salad, tauhu goreng, tempe, dan yang paling utama wajib ada dalam menu ni adalah sambal yang pedas gila babi. Memang licin la satu pinggan aku mengadap sorang-sorang. Simple menu, tapi betul-betul buat aku meleleh air liur. Yummy-yummy!

Yuyu 1 + Yuyu 2 = Kuat makan bagai raksasa.

Sian aku nengok Yuyu Zulaikha tercungap-cungap mulut asyik dok menyedut air sebab kepedasan. Aku lak steady je makan dengan penuh kerakusan. Aku siap tunduk khusyuk makan, dah tak pandang orang kiri kanan denpan belakang dah. Menikmati kenikmatan dan juga keindahan Nasi Ayam Penyet AP disulami Ice Lemon Tea kat KLCC. Blurppppp! Ok, kenyang dah perut si Raksasa Tecik ini.

Sekian, tamat suda. Esok kita sambung lagi.
Ok, tata.


Note : Dulu-dulu aku tak tahan dengan makanan pedas. Aku pun tak tau sejak bila aku boleh makan pedas. Mungkin setelah aku menjadi seorang yang dewasa lagi tough dalam menempuh kehidupan yang berliku-liku. Nak makan makanan pedas pun penuh dengan cabaran. Perlu ketahanan mental dan fizikal. Hanya yang betul-betul tahan makan pedas je yang boleh hadapi kepedasan makan tersebut. Ha, lebih kurang camtu la perumpamaan pedas dan kehidupan.

22 comments from my lovers:

rara pinkmafia said...

beshnyaaaa.rara tak penah try ayam poenyet ag.nt nk try lah.

Yuyu Johanna said...

@rara pinkmafia : hehe..sila sila..pedas berapi tau.boleh keluar asap dr telinga lg tu.hihi. ^_^*

ir yien 9897 said...

comel jer korang berdua :)

ayam penyet ni mest pedas juga kan :)

Yuyu Johanna said...

@ir yien 9897 : ngee..tau xpe..pedas amat. tapi sgt sedap. lagi bertambah sedap bila dapat makan nasi ayam penyet bersama Yuyu Zulaikha. ^_^*

lady D said...

bila baca entry nie, terasa lapar n ak mencari nasi ayam penyet gak

Ct_hAjAr said...

macam sedap..rasa cm nak try lak..hehe

Yuyu Johanna said...

@lady D : hehe... kan kan? mesti terliur kan..huhu

Yuyu Johanna said...

@Ct_hAjAr : bukan macam je..mmg ye pun sedap..huhu

Ana Farhana said...

waaa! ayam penyettt,mmg sedap! jawa gtuu..hihi

Yuyu Johanna said...

@Ana Farhana : hehe...tau xpe..sedap yunk... ^_^*

Hidayah Rusli said...

sedapnyaaa. mintak sikittt hehe

Yuyu Johanna said...

@Hidayah Rusli : hehe..sila sila..yummy yummy. ^_^*

IEQAH said...

nyum nyum..sambalnyee PEDAS. chomel

Yuyu Johanna said...

@IEQAH : huhu..yummy yummy! ^_^*

syafiqakarim said...

haha mcm sedappp..ah,nak p try lahh
comel :)

Yuyu Johanna said...

@syafiqakarim : hehe..jom jom! sedap seyh.

nick dot anis said...

waaaa bila kak anis dapat kuar ngn yuyu pulak ni:-)

sarah mohamad said...

yuyu, apa beza ayam penyet ap dengan ria? hehe

Yuyu Johanna said...

@nick dot anis : Hehe...InsyaAllah..satu hari nanti mesti boleh jumpe akak jugak kan. ^_^*

Yuyu Johanna said...

@sarah mohamad : Wah..rasenye ayam penyet ria lg best! hihi... ^_^*

Hafizzi Aziz said...

ooo..tue la yuyu zulaikha..

ade2mama said...

sikitnye nasik dye ehehe
nk ade gigi taring btol2 kew huhuhu