26 November 2011

Kakakku Gangster Naik Pelamin (Part 1)

Date : 19 November 2011
Location : Felda Keratong 8, Pahang
Current Status : Mood kawin kawin. Tralalalalala~

Assalamualaikum + Happy Saturday guys!

Nabi Adam, insan pertama penghuni syurga. Tatkala Nabi Adam keseorangan dan kesunyian, Allah S.W.T menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril untuk mencabut tulang rusuk Adam. Maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap hidupnya di syurga.



Pada 18 November 2011, pasangan Firdaus dan Sucidatul selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Sah? Sah? Sah? Sah. 19 November 2011, majlis perkahwinan kak Suci dan abg Firdaus berlangsung. Nasib baik aku tak keje hari ni, kalau tak, mau merajuk setahun akak aku sorang ni.


Here we go! Heading to Felda Keratong 8.
Hey buddies! From right, Tikah Mak Datin, Zila Tajima, and me. Hahaha. Suka-suka hati aku je bagi nama kat member-member aku ni. Hihi. Dah bertahun tak jumpa Tikah. After SPM dah tak penah jumpa. Rindu. Eh, Zila ni bulan jumpa, teman lepak depan rumah. So, tak perlu rindu-rindu bagai la. Hihi. Bertiga bersama pegi kenduri ni. Sepatutnya berempat, termasuk Lina. Tapi last minit Lina tak dapat join sebab morninx sick anak kedua. Huhu. Kawan-kawan semua dah kawin beranak pinak. Kami bertiga ni je belum sampai jodoh. Alasan, kami wanita berkerjaya. Choiii!


Terharunya saya di situ... ^_^*
Sampai rumah pengantin, dah terang nampak banner pengantin baru ni. Sangat rasa terharu sebab akak sudi menggunakan khidmat aku sebagai designer banner dan bunting kawin dia. Aku bukan la terer sangat dalam bab design design ni. I’m still learning.


Zila Tajima, TIkah Mak Datin, and me!
Belum apa-apa lagi, kami dah berposing dulu. Takut makeup cair katanya. Makeup la sangat. Alasan semata-mata. Padahal saja nak abadikan moment bersama member-member yang dah sekian lama tak jumpa. Penyakit member aku sorang ni memang pelik sikit. Pelik ala-ala Maria Elena Is Greek Helen. Dressing bagai model tapi nak pegi kenduri kawin je. Yeah! That’s my girl. Bagus, kau telah mencipta fesyen terbaru untuk ke majlis perkahwinan. Macam-macam la perangai member aku sorang ni. Haha.


Abg Firdaus dah amek kakak. Pasni tak boleh nak hang sama-sama.
"Abg Firdaus, bila kamu nak pegi outstation? Org nak pinjam kakak, boleh?"
Again. Tadi banner, sekarang bunting. The way i touch. Bajet miracle touch la tu. Tak payah nak miracle miracle sangat la kan. Haha. Editing yang simple untuk bunting kawin akak aku ni.. Aku pun baru je belajar. Banyak lagi yang kena improve kan. Heh, tunjuk ajar ku sifoo! Special for my sister. Hope you love both of them ya. Wink wink. ;)
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.


Candid, tetiba jadi tak candid la pulak. Sebab paparazi dah terkantoi. Wargh!
Candid time. Aku tengah sibuk-sibuk nak snap gambar pengantin masa pengantin baru sampai, tetiba ada jugak paparazi yang curik-curik snap gambar aku time ni. Aku bajet feymes la tu kan. Choiii! Hahahaha. Ok ok, sila tadah baldi dan anda boleh muntah sekarang. Kalau tak muat, meh aku ambilkan tong dram pulak. Hihi.

Okbai. (Huh? Camtu je)


Note : Eh eh, sambung Part 2 la pule... Sebab saje nak bagi surprise gambar dengan pengantin walaupun surprise tak surprise mana la kan. Padahal, kat facebook dah ada gambar pengantin tu kot. Hihi. Saje bikin gempak meyh... Sesiapa yang nak bengang dengan gua, nanti gua sengat! Choiii.

12 comments from my lovers:

Lady Shana Sweet said...

Yuyu.. cantek! Keep on wearing it! >_<

Farihah Ahmad said...

eh nk order bunting dgn kau jugak ah :D

ieyza afieyna said...

comelnye kak yuyu.. bila pulak nk kwen? hee

Akim Iqbal said...

pestime o masuk sini.. puyoo.. pi kenduri..

Izyan Masri said...

AWW.YUYU LAGI COMEL DARI PENGANIN OKAY :D

Yuyu Johanna said...

@Lady Shana Sweet : haha..thanx dear.ok, i will. ^_^*

Yuyu Johanna said...

@Farihah Ahmad : erk...hahaha.aku bukan la pro sgt.ramai lg yg pro n buat lebih cantek.hihi

Yuyu Johanna said...

@ieyza afieyna : hihi...soalan cepumas di situ...jeng jeng jeng.

Yuyu Johanna said...

@Akim Iqbal : ha'ah..p kenduri...hehe

Yuyu Johanna said...

@Izyan Masri haha...belum publish lg pic pengantin.pengantin lg cantek sbb ade seri pengantin.hihi.

nick dot anis said...

owh kameraman ye on that day..haha

Yuyu Johanna said...

@nick dot anis : haha..x payah nak cameraman sgt la kan. malu.