Location : Muadzam Shah - Keratong
Current Status : Habis idea nak raya kat mana. Choiii!
Oh ye! Memang la Aidiladha dah lepas. Tapi aku baru ada kesempatan nak mengupdate story raya haji kat wall ni. 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H, semua Muslim meraikan Aidiladha. Termasuk aku dan family. Bila semua balik Muadzam, baru la terasa meriah. Pagi raya celebrate birthday cousin si kembar. Nasib baik pagi ni ada la jugak aktiviti family. Kalau tak, semua mati idea nak buat aktiviti ape pada pagi raya ni.
![]() |
| Blue Kebaya di pagi Raya Haji |
Masuk tengahari, aku dah kekeringan idea, tak tau nak buat apa. Adik aku dah merayap beraya dengan member-member. Choiii! Raya tak ajak aku pun kan. Blur. Aku dah semangat pakai baju kebaya di Aidiladha ni! Tapi tak kan la tak beraya. Lastly, decide merayap pegi rumah tok aku. Nak ajak Encu pegi beraya. Ecah cakap Encu nak pegi beraya rumah girlfriend dia kat Chanis. Cu...Yuyu nak ikut!
Kat rumah tok.
Jam 12 lebih.
Encu tak bangun tidur lagi. (Encu ni pakcik aku, atau adik mak aku)
Yuyu : Cah, bangunkan Encu tu cepat. Dah tengahari ni. Takkan tidur lagi kot.
Ecah : Tu la...Akak bangunkan la dia. Tadi ajak pegi raya kat umah awek dia.
Yuyu : Encu...Bangun la. Tadi kata nak nak pegi Chanis. Yuyu nak ikut jugak. Bangun la Cu...
Encu : Emm...Jap lagi la. Cu nak tido ni. Nanti nak pegi Encu bagitau...
![]() |
| Bajet stylo la pakai RayBan dengan kebaya biru. |
Hahaha. Beria aku dengan Ecah si cousin bangunkan pakcik aku sebab nak beraya punya pasal. Lepas Zohor, aku, Encu, dan Ecah gerak bertiga dari Muadzam beraya ke Chanis, rumah girlfriend pakcik aku ni. Yay! Beraya jugak akhirnya untuk hari ni. Ikut pakcik beraya rumah girlfriend dia pun jadi la.
![]() |
| Encu, Ecah, & Yuyu heading to Keratong |
Lepas puas beraya dan perabis kuih raya rumah girlfriend Encu kat Chanis, kami gerak beraya rumah kawan aku kat Keratong 4 lak. Secara kebetulan sebab dah tak tau nak pegi mana kan. So, merayap jela kat Keratong. Kedatangan kami disambut dengan baik walaupun baru je kenal dengan kaum kerabat family dak Ucuk ni. Family Ucuk yang agak friendly, lagi-lagi maknya. Ada je story yang dia nak share. Terima kasih makcik... Nanti datang lagi ye. Ahaks! ^_^*
![]() |
| Yes! She's my crazee cousin. Amoi maa... Kuantan mari. Hihi. |
Hey! Daripada kata tak nak beraya tadi, tapi habis satu Keratong kami explore. Lepas Chanis, ke Keratong, lepas tu ke Perantau Damai lak. Beraya lagi. Rumah mak angkat pakcik aku lak. Hihi. Rumah terakhir untuk baraya sebab dah nak Magrhib pun. Perut? Huh... Tak payah nak tanye la kan. Sampai jadi sendat kebaya biru yang aku pakai tu. Hihi.
Ops! Stop here. Next time aku continue cerita Raya Haji kedua pulak ye.
Ok bai.
Note : Raya Haji pun aku raya sakan kan. Nama pun raya, kita kena la merayakan Hari Raya. Kan kan? ^_^*




18 comments from my lovers:
ehhh...ko memang...sume nak raye..raye deepavali sambut gak kan?hahhahahah
@fad ali : hahaha...tunggu krismas lak.
blue kebaya...cantik!!
@umie naziera : hehe..nanti nak cari red kebaya lak.
wah..comelnya kebaya biru!!! stylo pkai kebaya ngn rayban!hehehe
chantek nye !
hype kak yuyu,
akk dtg PD x singgah my home k?
law dtg,gerenti dpt duit raye
@Norlida Ramli : hehe...yolah tu.suke rayban kot...walaupun ntahapehapentah bila pkai dgn baju camni.hihi
@nazhatul syakila : bweak...hihi. ^_^*
@wani : lorh..rumah kamu kat PD ke?mane la tau..kalo tau,dah singgah dah rumah kamu...hehe
ala2 cheongsam gitu baju dia!
@Umar Arlee : hehe..mmg saje mintak wat ala-ala cheongsam. ^_^*
untunglah beraya kat rumah,,,kesian yang beraya kat ospital ni,,hehehe
Bayu kebaya cantik !!!!
@yen(toka ziizokukuto) : lorh..awat lak beraya kat hospital?ni sah kamu main mercun ea...raya haji mane de main mercun.
@Hayati Buya : hehe..bayu je baju? btw, thanx ya dear. ^_^*
Hey,gedik gurlz.. u mmg x tao nk ttop rmbot ke? kjp pkay tduwng kjp x pkay tduwng. wdehell?
@YUYUBODOH : as-Salam ye Cik/Puan Anon...thanx a lot sebab teguran tu.insyaAllah...^_^*
eh, kiranya u ni selalu bace blog i la ye...hihi.terima kasih ye...
^_^*
Post a Comment