11 November 2011

Tazkirah Jumaat : Dosa Manusia Dengan Manusia (Reblog)

Date : 11 November 2011
Location : Depan computer
Current Status : Muhasabah kepala otak gua sendiri, untuk lu orang pun boleh

Gua bukan la baik sangat nak bercakap tentang dosa pahala sebab gua sedar bahawa gua ni dilahirkan sebagai seorang manusia. TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA. Ya, itu lumrah. Memang tiada seorang pun kat dunia ni yang perfect. Gua, termasuk lu orang. Tapi, kita boleh berusaha ke arah itu, bukan?

Reblog from Untuk Kawan-kawan Yang Kita Suka. (nak reblog dah macam Tumblr la pulak. hihi)
(Oh! Gua memang “pencinta” setia Zahiril Adzim. So, what?)


Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata-kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul-betul jelek melihat dia bangga melakukan dosa dengan Allah.

(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah. Sekali lagi, kerana kita jelek dan tak tahan melihat dia bangga dengan dosanya.

Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.

Apa yang tak selesai.

Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.

“Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia”

Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan doa. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.

Ada terfikir?

I love both of you! Itu je yang gua nak cakap. (Gambar Raya Haji di Tasik Chini)

Note : Hanya untuk peringatan kepada diri sendiri, bukan untuk “seseorang” yang pernah mengKEJI peribadi dan keluarga gua termasuk kawan-kawan sekeliling gua pun lu nak tibai. TERIMA KASIH. Terima kasih sebab dah buat gua takkan lupakan lu sampai bila-bila. (Eh! Tetiba note gua jadi emo statement lak. Choiii. Haha)

12 comments from my lovers:

epoitdya said...

sweet nyer pic family tuuu ... :) nice :))

Yuyu Johanna said...

@epoitdya : huhu...ni pic yuyu dgn bf bersama adik la...huhu

Mrs. Wall said...

Yuyu,Lagi comel klu awk pakai tudung :]
1.dpt pahala
2.Comel lektew
3.Insya-Allah mmbawa kbahagiaan dunia dn akhirat
4. Tselamat dri dibakar bahang api dkt akhirat nnt :]

Move on,Pakai tudung..Yuyu nampak comel sgt... Klu yuyu dh buat desicion nak pakai tdung trus,buanglah semua gmbr2 yuyu yg tak pakai tudung/private je^^.

Anonymous said...

don't see who is said
but hear what is said

nobody is perfect in this world,
that's why people need each other to survive in this damn world.

Yuyu Johanna said...

@Mrs. Wall : hihi...thanx a lot dear fren...insyaAllah. i hope so dear.. ^_^*

Yuyu Johanna said...

@Anonymous : thanx ya. ^_^*

Mrs. Wall said...

Pleasure,Yuyu ^.^

Anonymous said...

How do you play Barcelona in this year?

cik ika said...

nobody perfect kn dear..
setiap manusia tak kn lar dr wat salah..cuma sekali lakukan ksilapan. jgn d ulgkan lg kesilapan uh..

thumbs up for this entry..

Yuyu Johanna said...

@Mrs. Wall : ^_^*

Yuyu Johanna said...

@Anonymous : Huh?

Yuyu Johanna said...

@cik ika : yeah! itu yg sepatutnya... ^_^*