Location : Jeng jeng jeng
Current Status : 3 hari 2 malam jangan tidur. Sila siapkan hantaran. (Dah macam pakej melancong lak.)
Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah. ^_^*
Hey peeps!
Alhamdulillah… Majlis telah selamat berjalan dengan lancar walaupun banyak kerja last minit untuk siapkan segala persiapan majlis pertunangan ni. Majlis telah berlangsung, tapi baru sekarang aku ada masa nak share about this story. Nak surprise la katakan. Ha… terkejut tak? Terkejut tak? Hihi.
Dalam kesibukan keje dan kehidupan harian, terpaksa jugak curi-curi masa untuk seketika. Kalau tak curi masa, jawabnya… tunggang terbalik la aku terpaksa kerah tenaga. Lagi 5 hari sebelum majlis, baru la aku terkial-kial ke hulu ke hilir pegi cari barang nak buat hantaran. Hebat, bukan? Hahaha.
![]() |
| Hep! Baru terkedek-kedek nak cari barang kan. Cubit karang! |
Tapi aku yakin aku dapat siapkan 7 dulang hantaran tu dalam masa beberapa hari je. Dengan harapan, semoga tiada niat-niat zalim yang hampir kepada aku untuk menendang kerja-kerja aku pada hari tu sebab kalau Tuhan dah izinkan, maka ia tetap akan jadi walaupun last minit. Kan kan?
![]() |
| "Pegang la elok-elok sikit! Gunting tangan tu karang.". Maka tetiba aku jadi begitu garang di situ. |
Hari Khamis baru cari barang-barang nak buat hantaran, malam hari Jumaat baru dapat start buat. Tu pun dah pukul 11 malam baru boleh start buat hantaran sorang sorang. Sadis, bukan? Pukul 3 pagi baru boleh tido, sebab kepenatan. The cronology as below :-
Khamis (siang) : Baru terkedek-kedek beli barang-barang nak buat hantaran.
Jumaat (lewat malam) : Start buat hantaran sampai pukul 3 pagi.
Sabtu (pagi-petang) : Sambung kerahkan tenaga siapkan hantaran
Sabtu (petang-malam) : Merayap ke Kuantan bersama sepupu-sepupu dan bakal tunang. <-sempat menyempat lagi kan.
Sabtu (lewat malam) : Ha… Dah puas merayap kat Kuantan, sambung buat hantaran sampai pagi. @_@
Ahad (pagi-tengahari) : Makcikku menjerit, “Nurul!!! Sirih junjung tak siap lagi. Orang dah risau ni, dia boleh buat selambe je. Cepat la siapkan!”. Yuyu pun jawab, "Lex luuuu!". Struggle siapkan hantaran untuk masa-masa terakhir sebab dah kena bebel. Haha.
Ahad (tengahari) : Alhamdulillah… Gua berjaya siapkan hantaran dalam masa 3 hari 2 malam. Semua family tersenyum riang. Tak cuak dah, kan kan?
Ha… Begitulah kronologi-kronologi aku nak siapkan 7 dulang hantaran pertunangan dalam masa 3 hari 2 malam. Memang darah meleleh-leleh keluar dari telinga jugak la bila kena bebel dengan orang-orang tua sebab semua risau hantaran tak siap lagi. Dengan selamba aku buat tak tau, sebab rasa begitu confident dapat siapkan jugak. Tukang buat steady je, tapi diorang lak risau-risau kan. Hihi.
Note : Dalam masa 3 hari 2 malam buat hantaran, sempat lagi merayap ke Kuantan, main SMS, blab la bla… Mana la semua tak bebel kat aku. Tapi aku buat muka tak bersalah, pasang lagu kuat-kuat. Ha… Kan tak dengar dah orang membebel. Huhu. Tapi… syukur. Alhamdulillah.


20 comments from my lovers:
nak tengok hantarannya!!! ;D
wahhhh congrtaz! :)
@farasakura : Waiting for the next part ye syg... ^_^*
tahniah sys ! :D
@Farah Hanis : erk...ya ya...congratz sbb dapat siapkan hantaran dalam masa yg singkat jela ye. hehe
@ZatyZizi : huh? hehehe...maceh maceh. adoi...mati la aku camni. ^_^*
nak tunang? wahhh. congratsss! :D
ni majlis sapa sebenarnya ni? hahaha.
style lar yuyu..gubah sorang2 ea..haha..congrates!!
aiyok..nnt upload gmba bnyak2 eyh..msti santek..:)
@S H I T E Q : erk..hehe.. ^_^*
@nina suhaina : ha..jeng jeng jeng. biarlah rahsia. huhu
@fatin amalina husna : tau xpe..struggle sorang2 je buat hantaran tau.
@cik bulan : hehe...insyaAllah...tp kalau tak cantek jgn marah lak tau..huhu.
siss,, na tgok hantarannye,, dah bertunang ke..?? uwwaaahh,, congatulation,,<3
waa :)tahniah
ni sape yang tunang ni? hehe.. nanti bole tempah kat yuyu tempahan nnti .. :)
ehemm..jgn lupe jemput yer......hik :P
ahahhhaha...cepat2 la smbg part 2...lg ramai yg????btw, omedeto gozaimasu...;)
Assalamualaikum!
Mencari pengacara majlis perkahwinan?
Serikanlah hari bahagia anda dengan alunan pantun, gurindam, madah seloka yang pasti akan mengundang senyum manis para tetamu anda!
Kami menyediakan perkhidmatan Pengacaraan Majlis, Menulis Skrip Pengacaraan, Khidmat-Nasihat Pengurusan Majlis, dan lain-lain. Untuk sebarang pertanyaan, anda dialu-alukan untuk terus post di page Facebook “Qiyasari Wedding Emcee” atau emelkan terus kepada azreeariffin@gmail.com.
Terima kasih!
Qiyasari Wedding Emcee
http://www.facebook.com/pages/QiyaSari-Wedding-Emcee/201179599963747
Post a Comment