18 January 2012

Uniten Mini Futsal Karnival Yang Dah Basi Sebulan Yang Lalu (Part 1)

Date : 10 Disember 2011
Location : Pusat Pengajian Asasi, Uniten (Gelanggang Futsal)
Current Status : Penonton setia. (Tak payah nak setia-setia sangat la kan)

Hahahaha!

Masuk-masuk blog terus kasi gelak sampai guling-guling. Sekian lama gua tak update story kat sini. Terdapat sedikit masalah teknikal. Wah, ayat tersangat la klise. Banyak sangat story nak gam kat sini. Terlalu banyak kejadian-kejadian yang aneh berlaku di penghujung tahun 2011 hingga tahun baru menerjah masuk ke 2012. Sangat-sangat tragis bak movie-movie Melayu masa kini. Haha. (<-Gelak kepura-puraan je ni. Sila jangan terpedaya)

Sila lihat, boleh dukung bayi dengan sempurna, bukan? Hihi. Keterujaan terserlah di situ.

Menghitung hari demi hari, detik demi detik nak update blog ni. Walaupun story ni dah agak basi sebab berlaku sebulan yang lepas, tapi aku tetap nak abadi kat sini blog ni jugak. Tournament futsal yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional kerjasama students Marketing. Aku datang menyibuk je untuk isi masa lapang bersama kakak-kakak ofis yang lain. Melepak je korang time cuti-cuti camni kan.

Uniten Mini Futsal Karnival

Aku bukan la expert sangat tengok orang sepak bola ni. Kalau orang tanya aku, sah aku angkat tangan surrender awal-awal. Cuma suka tengok gelagat masing-masing main futsal je. Boleh compare player perempuan main dengan player lelaki main. Lelaki banyak skill, perempuan lak banyak jerit-jerit. Btw, having fun tengok gelagat sekor-sekor. Cheer everybody! ^_^*

Du...du...du... Ha, lebih kurang camtu la dodoi Amani. Bakal jadi bonda stylo. Haha!

Ha... Keje aku kat sini bukan setakat tengok orang main futsal je, tapi jadi babysitter jugak. Anak sedara Kak Suhana yang baru lahir, Amani. Sangat teruja la bila aku jumpa baby. Dah la hujan time ni. Lepak bawah kanopi. Semua orang sibuk dengan jualan, aku la melayan baby yang comel ni. Ha.. Amek kau! Sampai lena aku peluk Amani. Nampak sangat Amani teruja bila kena peluk dengan. Hihi.

Yuyu Johanna + Yuyu Syuhada = The silbling.

With my sister. Selepas kepenatan, ajak Kak Syu lepak tengok main futsal lak. Tak payah nak sibuk-sibukkan diri sangat la kan kak. Baik layan futsal ni lagi bagus. Bila dah nak final baru la berkesempatan spent time together with her. Kesian kakak aku sorang ni. Sibuk memanjang.

Kebuluq namanya ni... Makan dengan begitu rakus.

Time hujan-hujan, sejuk-sejuk camni, memang perut tu buat konsert live la kan. Masing-masing dah kebuluq, mula la mentekedarah. (betul ke aku eja camni?ah..abaikan aje). Dah tak kira apa dah. Dalam mangkuk besar besen pun tibai aje. Hihi...

Update blog secara ringkas yang boleh. Next time gua sambung lagi ok. See you in next part bukan i hate this part. Lalalalala~


Note : Thanx to Anonymous yang selalu komen-komen blog i ni. Hihi. And here, the qoute for Anonymous. “If people are trying to bring you down, it only means that you are above.” Oh... patut la... Hihi. Thanx ye Anonymous. Wink wink.

2 comments from my lovers:

nia.zwani said...

uuwwaahh,, da bole jd bonda nie,, heeeeeeee,,, ad bakat gi2,,

Yuyu Johanna said...

@nia.zwani : hehe...yeke? mommy wannabe. ^_^*